suria

Kumpulan Cuba Culik Pemilik Sangkar Ikan Lari Ke Selatan Filipina

Jalaluddin Abdul Rahman.

KOTA KINABALU: Polis percaya tujuh lelaki bersenjata warga Filipina yang disyaki terlibat dalam cubaan menculik di sebuah pusat ternakan ikan di Semporna telah melarikan diri ke Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mereka percaya kesemua suspek melarikan diri ke Tawi-Tawi berdasarkan siasatan awal setakat ini.

"Kita akan bekerjasama dengan rakan sejawat kita di Filipina," katanya selepas menerima sumbangan kuih raya dari Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Ibu Pejabat Polis di Kepayan dekat sini pada Khamis.

Sekumpulan lelaki bertopeng bersenjata pergi ke Ah Chai Fish Farm, kira-kira 200 meter dari Kampung Bangau-Bangau dekat Semporna pada kira-kira pukul 1 pagi Isnin dalam cubaannya untuk menculik pemilik premis itu tetapi gagal apabila pemilik tersebut telah berpindah ke tanah besar berikutan beberapa kejadian penculikan di kawasan itu.

Pasukan keselamatan di kawasan itu terus mengawasi dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran insiden itu.

Tawi-Tawi, selatan Filipina, culik

Artikel Lain