Menteri Luar New Zealand, Murray McCully yang membawa siasatan itu ke peringkat tindakan ministerial, mengeluarkan terma rujukan pada pagi Jumaat, lapor The New Zealand Herald.
"Siasatan menyeluruh dan telus amat penting, memandangkan mereka yang menguruskan isu kekebalan diplomatik itu perlu menyelesaikan kes itu dengan keyakinan tanpa dibelenggu di kalangan rakyat New Zealand," kata McCully.
Siasatan itu akan memberikan tumpuan terhadap beberapa perkara berikut:
- Peristiwa yang berlaku dalam kes diplomat Malaysia dan pengurusan permintaan untuk penepian kekebalan diplomatik.
Hasil siasatan akan didedahkan kepada umum.
"Laporan siasatan akan mengesyorkan cara-cara untuk mengatasi kelemahan dan mengukuhkan proses untuk pengurusan kes kekebalan diplomatik pada masa hadapan.
"Insiden ini memberi kesan kepada seorang wanita muda dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT).
"Saya tidak mahu berkompromi sama ada terhadap siasatan atau prosiding jenayah dengan mengulas lanjut," kata McCully.