suria

Liow Sokong Cadangan Kit Siang Adakan Persidangan Meja Bulat Konsensus Nasional

Liow Tiong Lai.
SETAPAK: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyokong cadangan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mengadakan Persidangan Meja Bulat Berkaitan Konsensus Nasional sebagai usaha menamatkan ancaman 13 Mei.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata, perbincangan membabitkan kedua-dua parti amat penting bagi mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan ketegangan kaum, yang melanda negara baru-baru ini.

"Keadaan ekonomi kita bagus tetapi ia boleh dipertingkatkan sekiranya tiada ketegangan kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Diploma 2014 Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) di sini, Sabtu.

Persidangan meja bulat yang dicadangkan Lim pada 11 Julai bertujuan untuk meneliti peningkatan kelaziman polarisasi kaum dan agama di Malaysia.

Dalam perkara berasingan, Liow berkata MCA akan terus membantu meningkatkan pembangunan negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Kita memerlukan ramai tenaga kerja, lebih ramai pakar teknikal. Kita juga memerlukan tenaga pakar vokasional untuk membantu mentransformasikan negara.

"Kita akan melatih lebih ramai individu. Pada masa sama, kita juga akan memastikan dasar ekonomi negara akan terus berdaya saing, liberal dan dapat menggunakan sepenuhnya tenaga yang dilatih," katanya.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan