Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan berkata, sumbangan itu adalah sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat itu dalam membantu golongan kurang bernasib baik menjelang perayaan Aidilfitri.
"Sumbangan ini akan juga digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak kurang bernasib baik di rumah ini," katanya ketika menyampaikan cek replika kepada Presiden Pertubuhan Al-Khaadem, Ustaz Hussein Yee pada Majlis Berbuka Puasa di rumah itu.
Rumah Harapan Al-Khaadem memberi perlindungan kepada anak-anak itu yang berusia antara empat hingga 16 tahun serta golongan ibu tunggal.
Ia menawarkan pendidikan, latihan dan program kemahiran agar penghuni berkenaan lebih berkeyakinan bila meninggalkan rumah kebajikan itu kelak.