Menurut portal Kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua , Yatsenyuk juga memberi jaminan akan membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan.
"Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine berusaha memastikan siasatan yang adil dan menyeluruh terhadap punca nahas pesawat dan membawa pihak bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan," kata portal itu.
Yatsenyuk turut menyampaikan ucapan takziahnya berikutan nahas itu.
Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan
Rusia.
MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.