Kelibat wanita tidak bertudung yang mengenakan pakaian jenis 'kaftan' itu dipercayai dirakamkan di sebuah pasaraya di Ampang, Selangor.
Antara perkataan yang jelas kelihatan tertera pada pakaian wanita itu ialah kalimah 'Allah' yang sebelum ini turut mencetuskan kontroversi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian di negara ini.
Turut tersebar ialah sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki berjubah putih - dipercayai sedang menegur tindakan tidak sensitif wanita berkenaan yang mengenakan fabrik tertera ayat al-Quran sebagai pakaiannya.
Menerusi laman Twitter miliknya, Khalid mengesahkan bawaha PDRM sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.
"@PDRMsia dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah," demikian tulis Khalid menerusi postingnya pada tengah malam Sabtu.
Twit penjelasan Khalid itu sekaligus meredakan kemarahan orang ramai yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan berlakunya ketegangan antara agama.