suria

Bas Ekspres Terbakar Dekat Simpang Pulai

Keadaan trafik di plaza tol Jalan Duta mulai sesak ekoran warga kota ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aildilfitri. - fotoBERNAMA
IPOH: Sebuah bas ekspres menghala ke Kuala Lumpur dari Butterworth terbakar dekat KM287 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai, kira-kira pukul 6 petang Jumaat.

Beberapa penumpang menyedari asap keluar dari bahagian belakang bas dan segera memaklumkan kepada pemandu.

Bas terbabit berhenti di laluan kecemasan dekat Simpang Pulai.

Kesemua 32 penumpang berjaya dikeluarkan tetapi beberapa bagasi musnah.

Mereka dibawa menaiki bas dari syarikat lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.

Berikut adalah beberapa laporan keadaan lalu lintas di beberapa lebuhraya utama:

KARAK: Sesak dari tol Gombak dan Genting Sepah - Bukit Tinggi.

PLUS: Mulai sibuk sebelum terowong Menora-Sg Perak-Bukit Berapit dan dari Slim River-Sungkai.

PLUS: Trafik kembali normal tetapi sibuk di R&R Seremban menuju ke Seremban selepas kemalangan di KM257 menghala ke selatan dialihkan.

PLUS Utara: Trafik masih sesak sepanjang 1KM dari Kuala Kangsar ke Ipoh disebabkan kemalangan di KM266.3.

bas ekspres, terbakar, Simpang Pulai

Artikel Sebelum

Artikel Lain