Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.
Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.
Abdul Hadi pada Jumaat mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Katanya alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.