Naib Presidennya Datuk Mohd Farid Hassan berkata situasi genting saban hari itu turut menjejaskan persiapan kelab berkenaan untuk ke kawasan bergolak tersebut bagi menghantar sendiri bekalan kepada penduduk Gaza.
"Bekalan itu akan dihantar dalam masa terdekat namun akan disimpan dahulu di Mesir sebelum rombongan kita mendapat tarikh sah dan kelulusan ke sana.
"Kita akan cuba menghantar bekalan keperluan lain seperti makanan dan pakaian selepas ini. Bekalan perubatan sangat diperlukan keadaan ketika ini," katanya kepada pemberita ketika hadir di perhimpunan aman 'Selamatkan Kanak-Kanak Gaza' di sini hari ini.
Dilapor sehingga kini rejim Israel telah membunuh hampir 2,000 penduduk Palestin dan mencederakan kira-kira 9,000 orang dengan alasan "mempertahankan diri" daripada serangan tentera Hamas.