Kejadian berlaku kira-kira 1.15 tengah hari dipercayai akibat kolam yang sedang dibersihkan Wan Mohd Adif Wan Mahmud, 40, dialiri kuasa elektrik dari wayar putus yang mencecah air kolam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata mangsa meninggal serta-merta ditempat kejadian.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.