Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 15,122 kemalangan jalan raya dilaporkan.
"Berdasarkan statistik selama 12 hari sehingga semalam, penunggang motosikal merupakan penyumbang statistik tertinggi kes kemalangan maut membabitkan 112 kematian atau 57 peratus diikuti kereta 48 kematian (25 peratus).
"Sejumlah 167,456 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik termasuk yang menggunakan lorong kecemasan 2,319 saman dan memotong giliran 1,316 saman direkodkan," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah.