suria

Anggota Keselamatan Buru Tiga Suspek Penceroboh Di Semporna

KOTA KINABALU: Anggota keselamatan Malaysia sedang memburu tiga suspek penceroboh selepas mereka dikesan memasuki perairan Semporna lewat malam Khamis.

Sebuah kapal peronda Malaysia mengesan sebuah bot dinaiki tiga individu kira-kira pukul 5.45 petang di antara perairan Pulau Tanjung Sironggol dan Pulau Maiga.

Anggota keselamatan yang berada di atas kapal peronda tersebut mengejar dan cuba memintas bot terbabit yang dipercayai menggunakan enjin sangkut 60 kuasa kuda.

Apabila kapal peronda menghampiri bot tersebut pada jarak 20 meter, bot terbabit menghala ke perairan cetek dekat Pulau Maiga.

Beberapa anggota keselamatan melepaskan beberapa das tembakan amaran selepas bot tersebut memasuki perairan cetek.

Bot tersebut dikesan menuju ke Pulau Gaya.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abd Rashid Harun ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan hanya berkata mereka sedang melakukan operasi untuk mengesan bot terbabit.

Sementara itu, Rashid bersama dengan beberapa pegawai kanan dan anggota keselamatan bertafakur selama seminit di Ibu Pejabat Esscom di Lahad Datu pada Jumaat bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Semporna, penceroboh, Esscom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain