suria

Kongres PKR: Wanita Kecewa Sistem Pemilihan Banyak Masalah

Zuraida Kamaruddin
SHAH ALAM: Delegasi Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) meluahkan rasa kecewa terhadap sistem pemilihan parti berkenaan dan meminta kepemimpinan pusat supaya segera mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.

Wakil Padang Serai, Noraini Ahmad, berkata terlalu banyak masalah timbul pada pemilihan parti baru-baru ini, termasuk proses undian, nama dan gambar pemimpin yang terlibat.

"Kami harap pemimpin parti akan melihat semua perkara ini dan memperbaiki sistem sedia ada dan jalankan simulasi sebelum pemilihan akan datang.

"Jika kita mahukan ketelusan, kita perlu lakukan ujian simulasi, petugas yang tidak memihak dan dana yang mencukupi," katanyanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pada Kongres Nasional Ke-10 parti itu, pada Jumaat.

Noraini juga menyarankan supaya parti itu memberi perhatian terhadap dakwaan berlakuknya politik wang.

Sementara itu, wakil Kubang Kerian yang juga ketuanya, Norhana Zalmah Mat Yusoff mengakui beliau terkejut dengan dakwaan bahawa adanya pemimpin parti negeri yang bekerjasama dengan kepemimpinan pusat untuk menjamin kemenangan pada pemilihan baru-baru ini.

Memberi maklumbalas kepada kenyataan wakil cabang Wanita, Zuraida berkata, kepemimpinan parti akan meneliti semua perkara yang disampaikan, termasuk mengkaji pelaksanaan sistem pemilihan baharu.

"Kami ambil berat kejadian negatif seperti pergaduhan dan budaya samseng yang berlaku pada pemilihan parti baru-baru ini.

"Malahan, ada yang mencerca dan menuduh lawan untuk mendapat undi dan ada juga yang tidak kisah menjadi boneka kepada calon tertentu," katanya.

Wanita PKR, sistem pemilihan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain