"Ahli (pemimpin dan ahli biasa) dalam PAS yang fikir bahawa PAS lebih baik bergerak sendirian atau bersama dengan Umno boleh keluar parti kerana PAS akan terus berada dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Khalid berkata, PAS dijangka akan mengumumkan calon pilihannya pada minggu ini untuk dipersembahkan kepada istana sebagai pengganti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semestinya turut berada dalam senarai tersebut.
"Memandangkan Dr Wan Azizah sudah menerima sokongan majoriti daripada wakil rakyat Selangor, nama beliau pasti akan termasuk dalam senarai yang dijangka akan dihantar dalam masa sehari atau dua hari lagi," katanya.
Katanya, melainkan Dr Wan Azizah secara jelas ditolak oleh istana, PAS tidak mempunyai masalah untuk beliau mengetuai kerajaan negeri.