suria

AirAsia India Tawar Tambang Serendah RM31

Mittu Chandilya
NEW DELHI: AirAsia India menawarkan tambang sehala termasuk semua dari serendah 600 rupee (RM31.28) bagi perjalanan dari Bengaluru ke Chennai, Kochi dan Goa; dan 1,900 rupee dari Bengaluru ke Jaipur dan Chandigarh.

Tawaran ini juga dibuat bagi penerbangan antarabangsa AirAsia ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand, demikian diumumkan oleh syarikat penerbangan itu, Rabu.

Ia berkata, tambang sehala termasuk semua ini boleh didapati dari 2,599 rupee bagi perjalanan dari Kochi, Kerala dan Tiruchirappalli, Tamil Nadu ke Kuala Lumpur; 3,999 rupee dari Bengaluru, Karnataka, Chennai, Tamil Nadu dan Kolkata, Bengal Barat ke Kuala Lumpur; dan 3,199 rupee dari Chennai ke Bangkok, katanya dalam satu kenyataan.

"Tawaran besar-besaran ini diperkenalkan sebagai tanda muhibah bagi penumpang kami dan kami mempelawa mereka untuk mendapatkan perkhidmatan luar biasa kami ini pada harga yang amat rendah. Memang menjadi usaha berterusan kami untuk menjadikan perjalanan udara sesuatu yang tidak mustahil bagi setiap warga India," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Mittu Chandilya.

Pelanggan boleh menempah tiket melalui laman sesawang www.airasia.com mula hari ini hingga 31 Ogos, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 24 Oktober, 2015. 

AirAsia India, Chennai

Artikel Lain