GEORGE TOWN: Kira-kira 250 anggota Peronda Sukarelawan Pulau Pinang (PPS) dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai selepas mengambil bahagian dalam perarakan Merdeka peringkat negeri di sini. Difahamkan kumpulan tersebut akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk dirakamkan kenyataan. Kumpulan tersebut berarak melepasi tetamu VIP semasa sambutan di Esplanade kira-kira pukul 10.10 pagi Ahad. Sebaik saja mereka tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lebuh Light, kira-kira 50 anggota polis mengiringi mereka ke balai polis berdekatan. Kelihatan beberapa anggota polis sedang mengawasi Balai Polis Lebuh Pantai dan beberapa buah trak polis turut diletakkan di luar perkarangan balai polis tersebut. Beberapa wakil rakyat juga dilihat berada di sana.