suria

Lembaga Peperiksaan Nafi UPSR 2014 Dibatalkan

PETALING JAYA: Lembaga Peperiksaan (LP) pada lewat petang Khamis menafikan berita yang tersebar di laman sosial bahawa keseluruhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan.

Penafian itu dimuat naik di laman web rasmi lembaga berkenaan.

Berita palsu yang disebarkan menggunakan nama The Star.
Sejak petang tadi, berita palsu berhubung pembatalan UPSR 2014 mula tersebar termasuk menggunakan nama The Star.

Malah turut disebar maklumat kononnya Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh akan membuat pengumuman rasmi berhubung keputusan itu pada malam ini.

Lagi berita palsu kononnya UPSR 2014 dibatalkan.
Bagaimanapun sehingga kini peperiksaan semula hanya hanya membabitkan dua mata pelajaran iaitu kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Peperiksaan semula itu terpaksa diadakan berikutan kebocoran terbaharu melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan pada Rabu.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 September ini.
UPSR 2014, Lembaga Peperiksaan

Artikel Sebelum

Artikel Lain