Beliau berkata yang disebut di dalam akta tersebut adalah bayaran tunai dan ia diberi kepada negeri di mana gas atau petroleum itu ditemui.
"Dalam Akta Kemajuan Petroleum tak pernah sebut bayaran royalti, (tetapi) yang disebut adalah bayaran tunai kepada negeri itu atau kerajaan negeri itu.
"Sekarang (bayaran tunai) itu tertakluk kepada definasi negeri itulah (layak atau tidak mendapat bayaran tunai)," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat operasi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, Ahad.
Bagaimanapun, kerajaan Pusat mengambil langkah sementara dengan mewujudkan Program Wang Ehsan sehingga isu tuntutan oleh kerajaan negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah, kata Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu ceramahnya malam semalam berkata lebih RM590 juta telah diberikan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2005 hingga 2013 kecuali 2008 bagi menampung kekurangan akaun mengurus kerajaan negeri yang defisit.