Jurucakap polis berkata dalam kemalangan pada pukul 1.40 pagi itu berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak, Salmah Ahmad, 46, dan Jemah Mat Nata, 61, maut di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah kesan rempuhan itu.
Salmah beralamat di Kampung Kelian Sungai Ava, Batu Kurau, sementara Jemah dari Taman Kami 8, Aulong, Taiping.
"Kenderaan van jenis Toyota yang dinaiki kesemua mangsa dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai telah hilang kawalan," katanya.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital sama dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, katanya.