suria

Pemuda Dapatkan Bantuan Bomba Gara-Gara Bearing Lekat Di Jari

KUANTAN: Gara-gara memakai 'bearing' motosikal di jari manis untuk dijadikan cincin, seorang pemuda terpaksa menahan kesakitan beberapa jam pada Sabtu sebelum alat itu berjaya dilucutkan.

Itupun dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Karak Abdullah Yaakob, berkata lelaki berusia 27 tahun tersebut sebelum itu sekadar suka-suka menyarung 'bearing' berkenaan tiga hari lepas sebelum ia mula membengkak awal pagi Sabtu.
 
"Keadaan itu menyebabkan mangsa dengan ditemani ibunya ke Klinik Kesihatan Karak kira-kira jam 12.14 tengah hari untuk mengeluarkan bearing tersebut namun gagal. 

"Mereka kemudian pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Karak untuk mendapatkan pertolongan, dan setelah hampir setengah jam, barulah ia berjaya dilucutkan dengan menggunakan alat pemotong besi, playar dan kikir," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.

Menurutnya, lelaki itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan serius kemudian ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

bomba, bearing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain