Tertuduh, Tan Hooi Sim, 44, didakwa menawarkan suapan wang tunai RM3,000 kepada anggota polis itu di tandas stesen minyak Shell, Kota Sarang Semut dekat sini pada 9.30 pagi, 25 Nov 2013.
Suapan itu sebagai dorongan agar anggota polis berkenaan tidak mengambil tindakan terhadap tertuduh kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki kereta curi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Azhar Mokhtar membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Okt ini untuk sebutan semula kes.