PETALING JAYA: Setiap proses, bermula dari penyediaan soalan peperiksaan sehinggalah ke peringkat pengagihan telah diperketatkan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pada Isnin, hanya segelintir individu akan terlibat sepanjang proses itu bagi memastikan langkah-langkah keselamatan diperketat. "Setiap proses kini lebih dikawal," katanya kepada pemberita selepas melawat lima sekolah untuk memantau persiapan peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada Selasa. Lima sekolah tersebut adalah SK Jalan Bellamy, SJKC Jalan Davidson, SJKT St Joseph, SK Sentul dan SK Taman Tun Dr Ismail 1.