suria

Trafik Mula Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai sesak dan aliran trafik bergerak perlahan.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) dari kedua-dua arah menuju ke ibu negara bergerak perlahan tengah hari Isnin berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota, selepas cuti Aidiladha. 

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 1 tengah hari, trafik perlahan dari arah utara bermula dari Terowong Menora ke Ipoh, Ipoh ke Gopeng, dan Sungkai ke Slim River.

"Trafik dari selatan turut perlahan dari laluan Port Dickson ke Seremban terus ke Nilai, Pedas Linggi ke Senawang dan Senawang ke Port Dickson berikutan kemalangan di KM258 arah utara, namun ia telah selesai dialihkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, aliran trafik juga perlahan di Lebuhraya Pantai Timur dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar dan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik.

aliran trafik

Artikel Lain