"Rakyat Selangor terjejas teruk dengan pelan catuan air dan saya akan memastikan bekalan air bersih kepada semua," katanya.
Beliau berkata, MoU yang ditandatangani oleh bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan Persekutuan perlu didedahkan kepada umum.
"Malah, saya turut menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan meminta mereka mendedahkan butiran MoU dan Ketua-Ketua Perjanjian," katanya.
"Maklumat mengenai perjanjian itu buat masa ini dilindungi dibawah Akta Rahsia Rasmi," katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran yang diadakan di Kemesah Heights, Hulu Kelang.