"Saya mengecam sekeras-kerasnya insiden keganasan yang berlaku di Bukit Bintang pagi ini.
"Tindakan yang menyalahi undang-undang tidak akan diterima. Siasatan polis sedang dijalankan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini akan ditahan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden letupan bom di Bukit Bintang, pagi Khamis.