Majistret Nurul 'Ain Abdul Rahim memerintahkan R.Krishnakumar, 35, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 6 Oktober lepas setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut untuk membunuh.
Krishnakumar didakwa mengugut R.Nithya, 32, dengan menggunakan perkataan berbunyi, "Saya akan bunuh kamu semua dan saya boleh set kawan saya bunuh," dalam bahasa Tamil di Apartment Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Brickfields di sini pada 12.10 tengah malam, Isnin lepas.
Mengikut fakta kes, pada masa kejadian, Krishnakumar pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan membuat kecoh sebelum bertindak mahu memukul kepala ibunya, tetapi dihalang Nithya.
Krishnakumar yang tidak berpuas hati dengan Nithya kemudian mengeluarkan kata-kata ugutan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.