Pejabat Timbalan Rektor, Pembangunan Mahasiswa & Alumni kolej itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak kolej akan memberhentikan mana-mana penuntut yang didapati terbabit dengan perkara seumpama itu.
Semalam, polis mengesahkan Syamimi Faiqah, 20, bekas penuntut KUIS telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 11.55 malam ke Syria, 4 Oktober lepas, dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).
KUIS mengesahkan Syamimi adalah bekas pelajar Program Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) Sesi II 2012/2013 melalui surat tawaran bertarikh 27 November 2012.
Bagaimanapun pelajar terbabit telahpun diberhentikan kerana gagal mencapai syarat minima Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA).
"Syamimi secara rasmi diberhetikan dari KUIS melalui Bahagian Pengurusan Akademik, Kuis pada 10 Jun tahun lepas kerana mencapai CGPA kurang dari 2.00 selaras dengan Peraturan Akademik KUIS," katanya