Ali dibebaskan hujung bulan lepas selepas ditahan oleh polis selama 20 hari. Dia ditahan ekoran laporan yang diterima oleh pihak polis, yang mendakwa Ali membuat kenyataan berbaur hasutan di media sosial.
Dia menghadapi tiga pertuduhan di bawah Akta Hasutan atas kesalahan menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor melalui posting yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.Pada 8 September, Ali didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana atas kesalahan membuat kenyataan yang mengkritik institusi diraja.
Ali dibebaskan pada hari yang sama selepas dia membayar ikat jamin berjumlah RM5,000 namun dia kembali ditahan ketika mahu meninggalkan perkarangan mahkamah. Dia ditahan semula atas dua kesalahan yang sama di bawah Akta Hasutan.
Suspek kemudiannya di bawa ke Penjara Sungai Buloh, dan ditahan selama 15 hari. Ali dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 September lalu.
Dia sekali lagi ditahan sebaik sahaja dibebaskan dan kali ini dia dihantar ke Penjara Johor Baru Selatan dan didakwa di Mahkamah Majistret selepas itu.