"Saya perlu mendapatkan konsensus dengan Pakatan dan akan mengadakan satu mesyuarat serta memberikan maklum balas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar lobi Parlimen pada Rabu.
PSM memutuskan untuk tidak menyertai pakatan pembangkang selepas menunggu maklum balas selama dua tahun, kata Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan awal minggu ini.
S.Arutchelvan dan Anwar bersetuju bahawa PSM akan terus bekerjasama dalam beberapa program dan kempen.
"PSM tidak pernah menjadi sebahagian daripada Pakatan kerana mereka tidak menandatangani sebarang perjanjian atau platform dasar umum.
"Kami membenarkan mereka bertanding di kerusi kami dengan menggunakan logo kami. Pengalaman sepanjang dua pilihan raya umum yang lalu, kami akan berbincang dengan mereka mengenai kerusi mana dan logo apa yang akan digunakan. Saya tidak nampak apa-apa perbezaan daripada pengumuman terbaharu PSM," kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.