suria

Remaja Terabai, Miskin, Suspek Kes Bunuh

KAJANG: Kemiskinan dan pengabaian mendorong seorang remaja untuk terjebak ke kancah kejahatan, sehingga menyebabkan kematian seorang janda di Taman Semenyih Mewah awal minggu ini.

Sumber, yang mengenali remaja berusia berusia 17 tahun itu berkata, berkata bapanya telah meninggal dunia kerana ketagihan alkohol beberapa tahun lalu dan ibunya mengikut kekasih baharu, meninggalkan dia dan adik-beradiknya yang lain dalam jagaan nenek mereka.

Sumber itu berkata semuanya berlaku apabila remaja itu mula bergaul dengan kumpulan yang salah.

Pihak polis kini mengesan remaja terbabit, yang merupakan suspek terakhir dalam kes rompakan melibatkan mangsa, Cheong Chooi Mee, 46, yang meninggal dunia selepas sekumpulan anak muda menyerangnya kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin.

Dia sedang menunggang motosikal seorang diri selepas membeli makanan untuk tiga anak perempuannya dan dipercayai terjatuh ketika salah seorang daripada penyerangnya menendang motosikalnya dan menyebabkan dia hilang kawalan.

Cheong mengalami kecederaan kepala yang teruk akibat terjatuh dan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, di mana dia meninggal dunia pada pukul 3.30 petang Selasa.

Beberapa jam selepas kejadian itu, tiga suspek ditangkap di Semenyih.

Kes ini telah diklasifikasikan sebagai pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber, yang bercakap dari segi kehidupan menyayat hati suspek yang diburu berkata: "Dia adalah seorang anak lelaki yang sangat baik kepada kepada neneknya dan kepada kami. Namun, dari masa ke masa, dia mula menjadi kasar."

"Saya rasa kekurangan bimbingan ibu bapa mendorong dirinya membuat banyak pilihan tidak baik dalam hidupnya yang masih muda," kata sumber itu, mendedahkan remaja itu dan adik-beradiknya terpaksa berhenti sekolah kerana neneknya tidak mampu menyara pendidikan mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata susulan penangkapan tiga rakan remaja itu polis menemui dua buah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Kami juga menjumpai barang-barang mangsa dalam semak di belakang rumah salah seorang suspek," katanya.

Polis kini sedang memburu M. Vineswaran, 17, bagi membantu siasatan.

Artikel Lain