suria

Perangi Pengganas Menerusi Media Sosial

Alberto Fernandez
PETALING JAYA: Usaha memerangi pengganas tidak hanya berlaku di Iraq atau Syria, sebaliknya di media sosial, kata pakar anti-pengganas.


Pengganas, terutama di Negara Islam (IS), menghasilkan video harian dengan menyampaikan tertentu sebagai saluran untuk menambah keanggotaan mereka, kata Ketua Pusat Komunikasi Strategik Anti Pengganas Jabatan Negara Amerika Syarikat (CSCC), Alberto Fernandez.

"Pendekatan yang lebih mesra digunakan, contohnya adanya video seorang militan dengan kucing sambil berkata semuanya dalam keadaan baik sekali di Syria.

"Ada juga pendekatan kejam di mana militan IS memenggal kepada mangsa dan juga pendekatan penuh emosi apabila mereka mendakwa umat Islam dibunuh di Syria, selain pendekatan yang dikenali sebagai 'Panggilan Tugas'," katanya.

Menerusi temubual eksklusif dengan wartawan The Star ketika menghadiri Bengkal Serantau Pusat Anti Pengganas Asia Tenggara, Fernandez berkata, kumpulan pengganas ini cuma menunjukkan ia sesuatu yang menyeronokkan, alasan kukuh dan dihormati untuk menyertai kegiatan militan.

Bagaimanapun, katanya, adalah menjadi tugas pihaknya untuk membuktikan apa yang dinyatakan kumpulan pengganas itu tidak benar.

"Kami meneliti video yang dirakam dan mesej yang disampaikan menerusinya setiap hari. Kumpulan itu tampil dengan pendekatan berbeza dan pada masa sama kami juga menggunakan pendekatan berlainan untuk menentang mereka," katanya.

Setakat ini, CSCC menghasilkan lebih 200 video dalam bahasa Arab, Inggeris, Somali dan Urdu sejak 2011 untuk membidas kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata, kaedah yang digunakan adalah mengenal pasti isu yang diketengahkan sebelum menyerang balas untuk membuktikan apa yang diperkatakan itu tidak benar.

"Misalnya, jika militan itu merayu sambil berkata umat Islam kini ditindas dan dibunuh oleh Assad (Presiden Syria, Bashar), oleh itu pihak kami perlu melemparkan semua persoalan  sama ada mereka sebenarnya menentang Assad atau sesama sentidi dan membunuh saudara seagama.

"Beberapa hari lalu, IS membunuh 300 orang termasuk wanita dan kanak-kanak di dari puak ahli sunnah. Oleh itu, menjadi tugas kami untuk memberitahu dunia bahawa mereka membunuh umat Islam, bukan Syiah, zionis atau pihak Amerika," katanya.

Selain video, kata Fernandez, pihaknya juga perlu menyelidik lebih mendalam maksud setiap mesej yang disampaikan sebelum membidas kenyataan pihak pengganas.

Ketika ini, katanya, CSCC menggunakan pelbagai saluran media sosial untuk memerangi kumpulan pengganas.

"Twitter, hashtags adalah antara yang digunakan, di mana kami turut memasuki kawasan mereka juga menerusi chat rooms atau forum atas talian," katanya.

Beliau juga percaya usaha itu membuahkan hasil kerana video yang dihasilkan pihaknya turut menjadi mangsa kumpulan pengganas berkenaan apabila ia disekat, malahan menganggap CSCC suatu ancaman.

"Kami dapati mereka sentiasa cuba menghentikan apa yang diusaha selama ini," katanya sambil menambah penggunaan media sosial begitu ketara oleh kumpulan militan IS berbanding Al-Qaeda.






Artikel Lain