suria

Kastam KLIA Rampas Senjata Api Tiruan, Syabu

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya merampas 10 senjata api tiruan yang cuba diseludup menerusi kiriman bungkusan di sini pada Selasa.

Pengarahnya Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata, rampasan tersebut dibuat selepas JKDM curiga terhadap kandungan lima bungkusan yang tiba dari Amerika Syarikat.

Menurutnya, pemeriksaan keseluruhan terhadap kelima-lima bunkusan itu telah menemui 10 senjata api tiruan yang terdiri daripada 6 pucuk pistol dan empat laras senapang.

"Usaha untuk mengesan alamat dan nombor telefon penerima bungkusan tersebut bagaimanapun gagal apabila penghantarannya dibatalkan pada saat akhir oleh pemilik.

"Oleh itu, JKDM kini sedang berkerjasama dengan polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan terlarang.

Sementara itu Chik Omar memberitahu, JKDM turut berjaya mematahkan usaha seorang lelaki warga Kenya untuk menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.8 kilogram di klia2 pada Isnin.

Beliau berkata, suspek berusia 32 tahun itu tiba di balai ketibaan klia2 dari Hong Kong pada pukul 1.30 pagi.

"Anggota yang membuat imbasan bagasi lelaki terbabit telah curiga terhadap kandungannya. Hasil pemeriksaan selepas itu menemui satu bungkusan berisi serbuk putih di ruang khas beg berkenaan.

"Setelah ujian dilakukan, kita dapati serbuk itu merupakan dadah jenis syabu seberat 4.8 kilogram dan dianggarkan bernilai RM851,200," ujarnya.

Tambah Chik Omar, suspek telah direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

JKDM, Kastam, KLIA, klia2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain