Luseni Gabriel Smith, 31, yang ditahan di kawasan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini pada kira-kira 9.45 pagi, 8 Oktober lepas, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mengikut fakta kes, siasatan mendapati tertuduh mendakwa datang ke Malaysia tanpa ejen untuk mencuba nasib menjadi pemain import T-Team untuk Liga Malaysia musim depan.
Tertuduh juga mendakwa akan tinggal di negara ini sementara menunggu sesi temuduga bagi mendapatkan status pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada tahun 2017.
Smith menangis teresak-esak ketika mengemukakan rayuan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Hakim menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu pengesahan daripada UNHCR dan tertuduh kini direman di Penjara Marang.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Imigresen Mohd Hafiz Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.