suria

Lelaki Dari Johor Didenda RM10,000 Miliki Tenggiling

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dari Johor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Beaufort selepas mengaku bersalah memiliki 12 ekor tenggiling.

Carlvin Cher Jia Wei, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada Selasa di bawah Seksyen 41 (2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 di hadapan Majistret Ryan Sagirann Raynor Jr pada 24 November .

Dia membayar denda itu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sabah Abdul Karim Dakog memberitahu mahkamah bahawa Carlvin ditahan semasa sekatan jalan raya polis di Beaufort pada 30 Oktober.

Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaannya, polis menemui sembilan buah berisi tenggiling di dalam keretanya.

Dua daripada haiwan itu sudah mati.

Pihak polis kemudian menyerahkan Carlvin kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk siasatan lanjut.

Semasa pendengaran, Carlvin diwakili peguam Chua Kuan E.

Timbalan Pengarah Jabatan Augustine Tuuga berkata mereka tidak akan bertolak ansur dengan jenayah terhadap hidupan liar di Sabah dan semua kes itu akan dibawa ke mahkamah.

"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah terhadap hidupan liar supaya menghubungi talian 24 jam 0128019289," tambahnya.

Artikel Lain