Rang Undang-undang itu adalah bagi membuat pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk memasukkan takrif ketum sebagai dadah berbahaya.
Perubahan terhadap undang-undang itu meliputi sekatan ke atas pengimportan, pengeksportan, pemilikan dan penanaman daun ketum.
Undang-undang baharu itu juga memperuntukkan takrif ketum di mana adalah menjadi suatu kesalahan untuk mengekstrak 'mitragynine' dari mana-mana bahagian tumbuhan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya membentangkan Rang Undang-Undang untuk bacaan pertama.
Ketum, yang daunnya direbus dan airnya dimunum, dianggap sebagai ubat tradisional tetapi telah disalahgunakan oleh penagih dengan pihak berkuasa mengharamkan penyalahgunaan tanaman itu pada Julai 2003 .