KUALA LUMPUR: Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri kini bermula serentak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu. Persidangan itu bermula dengan penyampaian ucap utama di kalangan ketua pergerakan masing-masing, diikuti dengan pembentangan usul dan perbahasan pelbagai isu termasuk keselamatan, kenaikan kos hidup, pendidikan dan perpaduan nasional. Keseluruhannya seramai 993 perwakilan Wanita Umno hadir pada persidangan yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, manakala Pemuda pula membabitkan 992 perwakilan yang memenuhi Dewan Tun Hussein Onn. Pemuda Umno dijangka mengetengahkan beberapa saranan untuk transformasi parti, selain mengetengahkan isu berkaitan pakaian lelaki Islam seperti mana yang diputuskan Mahkamah Rayuan baru-baru ini. Sementara itu, Puteri Umno yang bersidang di Dewan Merdeka pula melibatkan 991 perwakilan akan memberi tumpuan kepada isu pengangguran di kalangan golongan muda.