KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Sumatera Selatan, Indonesia pada pukul 2.10 petang Rabu. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 222 km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 679 km barat daya Pontian, Johor. Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami, katanya.