Father Cyril Mannayagam memberitahu The Star bahawa beliau menerima panggilan telefon dari polis yang memaklumkannya bahawa buku tersebut boleh diambil semula kira-kira pukul 8 malam Khamis.
"Mereka (polis) menghubungi saya dan memaklumkan untuk mengambil semula buku tersebut dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ledang di sini nanti," katanya.
Terdahulu, Father Cyril dilaporkan telah menghantar buku bertajuk Mari Kita Memuji Allah Kita untuk difotokopi pada 5 Disember apabila salinan asal dan 30 naskah buku fotokopi itu dirampas.
Menurut laporan, polis menjelaskan bahawa buku-buku tersebut dirampas kerana ia dianggap sensitif berikutan penggunaan perkataan "Allah" selain terdapat gambar gereja dengan lambang salib di muka depan buku itu.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, polis tidak dapat memberikan komen berhubung pemulangan buku tersebut.