suria

Dua Beranak Cedera Ditikam, Tetak Di Kuala Kedah

Nashir Ya

ALOR SETAR: Dua beranak cedera parah diserang seorang lelaki yang memasuki rumah mereka di Taman Harapan, Kuala Kedah dekat sini awal pagi Khamis.

Adriana Ahmad Kamil, 45, dan anaknya Amira Asshari, 22, cedera akibat ditikam dan ditetak dengan senjata tajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek masuk ke rumah mangsa kira-kira 3.50 pagi dengan mengumpil pintu gril.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk mendapat rawatan lanjut, katanya.

Namun beliau berkata, tiada barang berharga milik mangsa yang hilang dan motif serangan masih disiasat.

Jiran mangsa Tan Kok Hoe, 43, berkata dia sedang tidur apabila dikejutkan isterinya yang mendengar jeritan meminta tolong di luar rumah mereka.

"Saya segera keluar dan melihat ramai orang sudah berkumpul di rumah jiran saya. Saya lihat anak-beranak itu berlumuran darah. Seorang jiran lain menghubungi polis dan ambulans," katanya.

Nashir Ya, tetak, Kuala Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain