KOTA KINABALU: Tiga pekerja maut apabila dandang kilang mi di pantai timur Sandakan meletup dalam kejadian pada petang Khamis.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy Ramin berkata, kejadian pada pukul 1 petang itu mengakibatkan sebahagian bangunan kilang yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Sandakan itu runtuh.
Setakat ini, belum diketahui jika masih ada pekerja kilang itu yang terperangkap dalam runtuhan bangunan papan itu.
Berita selanjutnya menyusul.