suria

Mayat Wanita Berselimut Ditemui Di Kuching

Mayat wanita dibungkus dengan selimut ditemui di tepi tong sampah di Kota Sentosa, Kuching, pagi Khamis.

KUCHING: Mayat seorang wanita yang dibungkus dengan selimut ditemui berdekatan sebuah restoran di Kota Sentosa di sini kira-kira pukul 6.30 pagi, Khamis.

Menurut Ketua Polis Padawan, Superintendan Pauzi Bujang, wanita itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang berhampiran tong sampah di situ.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati adanya kesan kecederaan pada kepala dan kesan hidung berdarah.

"Berdasarkan kecederaan yang dialami, kami percaya wanita itu dipukul dengan objek tumpul," katanya.

Mangsa dipercayai warga tempatan ditemui berpakaian kemeja-T hitam, seluar pendek dengan tatu pada kedua-dua tangannya.

Mayat itu dihantar ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat.

selimut, objek tumpul, Pauzi Bujang

Artikel Lain