Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua mereka telah dihantar ke lokap berpusat untuk tahanan dan siasatan lanjut.
Dalam operasi selama 10 jam bermula pukul 7 pagi itu, sembilan individu turut ditahan kerana positif dadah, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Operasi itu akan dilaksanakan setiap minggu bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin dan setinggan di bandar raya ini, katanya.