Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata pihaknya menjangkakan pembatalan perkhidmatan tren berlanjutan sehingga Jumaat ini.
"Bagaimanapun, apa-apa perkembangan dan status terkini sama ada perkhidmatan boleh beroperasi semula atau tidak akan dimaklumkan kelak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Siti Badariah berkata perkhidmatan tren yang mengalami gangguan ialah Woodlands ke Tumpat, Tumpat ke Woodlands, KL Sentral ke Tumpat dan Tumpat ke KL Sentral.
Beliau berkata para penumpang boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan ataupun menukar tarikh perjalanan.