Katanya kenderaan itu ditemui pada 9.40 pagi oleh anggota Unit Peronda Polis ketika melalui laluan berkenaan.
"Pemeriksaan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira terbakar sepenuhnya dan pemeriksaan lanjut menemui mayat dipercayai mayat orang dewasa pada but kenderaan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Fadzil berkata siasatan secara terperinci masih dijalankan dan pihak polis masih menunggu keputusan pemeriksaan patologi daripada pihak hospital untuk mengenal pasti identiti mangsa berkenaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau sesiapa yang menyedari kehilangan anggota keluarga untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Nazri Abd Razak di talian 012-3925759 bagi membantu siasatan.