Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan AlloyMtd, Fazlyaton Hussein berkata berikutan itu laluan Karak ke Jabor terpaksa ditutup setelah kilometer 126 lebuh raya berkenaan dinaiki air sedalam satu meter sepanjang 500 meter.
Begitu juga laluan dalam dari Kuala Lumpur ke Kuantan juga terputus hubungan di Kampung Paya Pulai Temerloh dan keadaan paras air sejak petang tadi masih tidak menunjukkan penurunan, malah semakin menaik, katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.
"Pengesahan (laluan terputus) telah dibuat oleh bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pengguna boleh membuat pusingan U di Karak bagi kenderaan yang datang dari Kuala Lumpur manakala mereka yang datang dari Kuantan boleh berbuat demikian di Sri Jaya.
Bagaimanapun, laluan dari Gombak ke Bentong dibuka seperti biasa.
Setakat ini, katanya tiada pengguna jalan raya yang tersadai di lebuh raya berkenaan.