Sehingga pukul 8 pagi Rabu, jumlah mangsa banjir di Pahang berjumlah 18,230 orang dari 149 kampung yang mendapatkan perlindungan di 89 pusat penempatan sementara.
Pekan masih mempunyai paling ramai mangsa dengan 10,132 orang dari 53 kampung di 31 buah pusat pemindahan.
Sehingga 1.30 tengahari, paras air di Kuala Sungai Chini adalah di 16.34 meter (paras bahaya adalah 14.90 meter) dan Paloh Inai berada pada paras 11.71 meter (paras bahaya adalah 10.30 meter).
Setakat ini, banjir di Pahang pada tahun ini telah meragut enam nyawa dengan tiga mematian di Temerloh dan masing-masing satu di Jerantut, Sungai Lembing dan Lipis.
Beberapa jalan masih ditutup untuk kenderaan ringan di daerah Pekan, Kuantan dan Maran.