suria

Kedai Jual Cenderamata Militan IS Ditutup Untuk 'Ubah Suai'

Papan tanda kedai telah tersebut ditanggalkan.
PETALING JAYA: Sebuah kedai di Bandar Baru Bangi yang menjadi perhatian apabila menjual barangan cenderamata'pengganas' kini ditutup untuk pengubahsuaian.

Tinjauan The Star mendapat papan kedai tersebut turut ditanggalkan.

Penemuan sebuah kedai yang dipenuhi barangan militan seperti bendera, kemeja-t dan topi selain pakaian yang bercetak perkataan seperti 'Mujahideen Cyberspace' dan simbol kumpulan militan khususnya Negara Islam (IS) dan Taliban menggemparkan negara pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pemeriksaan latar belakang secara intensif terhadap akan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pemilik dan keluarganya yang berasal dari Paparanau di Sabah ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas termasuk Darul Islam Sabah.

Perniagaan yang diusaha bersama keluarga itu yang beroperasi sejak tiga bulan lalu dipercayai dikendalikan oleh seorang lelaki dengan singkatan nama MH.

"Walaupun keluarga tersebut tidak membiayai mana-mana kumpulan pengganas, menjual barangan tersebut boleh mewujudkan penyokong kumpulan itu di Malaysia dan itu sebenarnya yang kami tidak inginkan berlaku.  

"Kami sedang melakukan sesuatu mengenainya. Namun, saya tidak boleh mengulas lanjut kerana takut menjejaskan siasatan kami," katanya ketika dihubungi.

Antara barangan militan IS yang dijual di kedai tersebut.

Menerusi pemeriksaan di media sosial, laman Facebook kedai tersebut turut mendapat kira-kira 1,500 'likes'.

Ia kali terakhir dikemaskini pada pukul 9.49 malam Jumaat dengan entri terdapat stok baharu selendang dan pakaian muslimah di kedai tersebut.

Noor Rashid menyifatkan kes tersebut sebagai amat serius sambil menegaskan polis akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelesaikannya.

Beliau turut menfaikan cakap-cakap bahawa polis terlambat dalam mengambil tindakan terhadap kes itu.

"Kami faham orang ramai mahu tindakan segera diambil tetapi kita tidak boleh bertindak terburu-buru dan membuat kesilapan semasa menjalankan tugas kita.

"Kita tidak boleh hanya serbu masuk, rampas barangan tersebut dan menahan pemiliknya. Kita perlu memastikan sama ada ia perniagaan yang sah atau mereka membiayai mana-mana kumpulan militan.

"Buat masa ini, tolong jangan buat spekulasi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan," katanya.
IS, Bandar Baru Bangi

Artikel Lain