suria

Polis Tahan Eric Paulsen

Eric Paulsen
PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen ditahan oleh polis di Brickfields, Isnin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu.

"@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields," tulis beliau di Twitter, kira-kira pukul 9.40 malam Isnin.

Dipercayai, penahan beliau itu berkaitan kenyataannya di Twitter yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

Terdahulu, peguam hak asasi manusia itu membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya berhubung 'tweet' beliau yang menimbulkan kemarahan banyak pihak.

'Tweet' yang ditulis adalah: di Twitter: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”

Selepas menerima tindak balas dari netizen, Paulsen menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan menuduh Jakim menggalakkan ekstremisme. Tweet tersebut telah dipadam.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mahu tindakan diambil terhadap beliau berhubung kenyataannya itu.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata komen itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan.



Artikel Sebelum

Artikel Lain