SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia ditahan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di sini kerana memiliki hampir 4,000 pil Erimin-5 pada Rabu malam. Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, pegawai ICA yang menjalankan pemeriksaan biasa itu mengesan bahan terlarang itu dalam kenderaan dibawa lelaki berusia 27 tahun di Pusat Pemeriksaan Tuas. Ketika diperiksa, pegawai agensi berkenaan menemui bungkusan hitam di ruang simpanan barang dalam kereta itu dan segera memaklumkan Biro Narkotik Pusat (CNB). Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan tiga lagi bungkusan hitam yang juga disimpan di tempat sama. Keseluruhannya, sebanyak 3,999 pil Erimin-5 yang ditemui itu bernilai S$28,000 (RM75,500). Dadah itu kemudiannya dirampas, manakala siasatan dijalankan pegawai CNB. The Straits Times