suria

Program Jalinan Rakyat Wanita Umno Dipertingkat

Rosli Zahari.
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno akan meningkatkan keberkesanan program Jalinan Rakyat (JR) sebagai platform utama sayap itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Datuk Rosni Zahari berkata sehubungan itu pihaknya akan menambah bilangan jentera JR yang kini seramai 250,000 anggota sayap itu di seluruh negara.

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya 280,000 anggota JR sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

Fungsi setiap anggota JR amat penting kerana mereka yang tahu mengenai latar belakang pengundi di kawasan masing-masing. 

"Mereka juga perlu tahu isu semasa dan menerangkan kepada pengundi di bawah jagaan masing-masing," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Mesra Pergerakan Wanita Umno Bersama Media di sini, Khamis.

Program JR yang dimulakan Wanita Umno sejak 15 tahun lalu merupakan gerak kerja bersepadu yang menggabungkan tenaga baru dan lama sayap itu semasa kempen Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya.

Antara aspek yang ditekankan dalam program berkenaan ialah menjalinkan jaringan dengan masyarakat di setiap kawasan Parlimen terutama kumpulan sasar, antaranya surirumah dan badan bukan kerajaan.

Melalui program ini juga, individu yang layak namun belum berdaftar dapat dikesan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Jalinan Rakyat, Wanita Umno

Artikel Lain